Anak-anak tempatan Tawau Sabah yang berusaha memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan & perubatan umum yang terbaik kepada masyarakat di sekitarnya...
Pengasas Nur Mediklinik
Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya. Beliau seorang doktor wanita yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.
Beliau banyak belajar melalui pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang bertugas di pelbagai fasiliti kesihatan. Beliau pernah bertugas di Hospital Pakar, Hospital Daerah/Tanpa Pakar, Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik 1 Malaysia dan juga pernah terlibat aktif dalam pengurusan Klinik, pengurusan Hospital serta sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015.
Alhamdulillah, Rezeki Allah dan berkat doa orang tua, Dr Nur berjaya menubuhkan klinik perubatan umum yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita bersama rakan partner di Tawau, Sabah iaitu NUR MEDIKLINIK.