NUR MEDIKLINIK

Klinik Perubatan Swasta Tawau Sabah

Klinik Umum berkonsepkan Klinik Mesra Wanita.

Doktornya adalah Wanita & stafnya adalah Wanita…

Namun begitu, klien Nur Mediklinik terdiri daripada wanita, warga emas, lelaki & kanak-kanak.

Panel Kami

Nur Mediklinik terletak di Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah

Perkhidmatan Kami

Rawatan Pesakit Luar Kes- kes ringan seperti sakit perut, muntah, cirit-birit, kerap kencing dan banyak lagi.

Pemeriksaan Ibu Hamil Pemeriksaan , ultrasound scan & rawatan ibu-ibu hamil turut disediakan.

Buka Buku Pink Mengandung Perkhidmatan rawatan susulan ibu hamil disediakan beserta Buku Pink Ibu Hamil yang menarik.

Ultrasound Scan Hingga 5D Nur Mediklinik sentiasa mengutamakan teknologi perubatan terkini seperti menggunakan mesin ultrasound sehingga scan 5D.

Pemeriksaan Masalah Kesihatan Wanita Rawatan masalah kesihatan wanita seperti keputihan, gatal pada kemaluan, sakit pada kemaluan dan banyak lagi turut disediakan. Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita.

Pemeriksaan Payudara Pemeriksaan & Rawatan masalah payudara oleh doktor wanita turut disediakan.

Pemeriksaan Pangkal Rahim (Pap Smear) Pemeriksaan pangkal rahim & saringan Kanser Serviks turut disediakan.

Pencegah Kehamilan Perancang Keluarga untuk menjegah kehamilan disediakan di Nur Mediklinik seperti IUCD, Pil Hormon & Suntikan.

Ujian Kesuburan Pemeriksaan & Siasatan lebih lanjut berkaitan ketidaksuburan dan susah hamil turut disediakan.

Saringan Kesihatan Saringan Kesihatan untuk lelaki & wanita dewasa turut disediakan seperti saringan Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Obesiti, Kolesterol dan banyak lagi.

Sunat Kanak-kanak Perempuan Sunat kanak-kanak perempuan berumur 1 bulan hingga 1 tahun disediakan.

Pemeriksaan Kuning Bayi (Jaundice) Pemeriksaan Kuning Bayi Tanpa Jarum disediakan.

Imunisasi & Vaksinasi Kanak-Kanak Imunisasi Kanak-kanak mengikut jadual kebangsaan KKM disediakan.

Vaksinasi Dewasa Imunisasi & Vaksinasi orang dewasa seperti Hepatitis B Vaccine, Thyphoid Vaccine dan lain-lain disediakan.

Medical Check Up Medical Check Up seperti lesen GDL & lain-lain disediakan.

Pemeriksaan Darah & Air Kencing Pemeriksaan darah seperti Full Blood Medical Check Up, UFEME, Urine C&S, Gout, Kolesterol dan banyak lagi disediakan.

Ujian Darah Alergik Badan kerap gatal-gatal dan kemerahan? Kenalpasti bahan atau makanan yang mungkin anda alergik melalui Ujian Darah Alergik di Nur Mediklinik.

Masalah Kulit Pemeriksaan & Rawatan masalah kulit turut disediakan

Dan banyak lagi… Hubungi Nur Mediklinik untuk info lanjut…

TOP SERVIS

NUR MEDIKLINIK

Nur Mediklinik terletak di Batu 3 Jalan Apas, Tawau, Sabah. Klinik yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita.
Doktornya adalah Wanita & stafnya adalah Wanita.
Alhamdulillah, klien Nur Mediklinik terdiri daripada wanita, warga emas, lelaki & kanak-kanak.

TENTANG KAMI

Nur Mediklinik – Menyinari Kesihatan Anda
Nur Mediklinik adalah klinik perubatan swasta yang diasaskan oleh doktor wanita tempatan iaitu Dr Norbayah atau lebih dikenali sebagai Dr Nur bersama rakan partner.
Nur Mediklinik terletak di Batu 3 Jalan Apas, Tawau Sabah. Klinik yang berkonsepkan Klinik Mesra Wanita. Doktornya adalah wanita dan pembantu kliniknya adalah wanita.

Walaupun berkonsepkan mesra wanita, namun klien dan pesakit Nur Mediklinik adalah terdiri daripada wanita, lelaki, warga emas & kanak-kanak.

Nur Mediklinik mengutamakan teknologi perubatan terkini dan juga menekankan pendidikan kesihatan kepada klien & pesakit.

Mesra Wanita Nur Mediklinik adalah Klinik Perubatan Swasta yang berkonsepkan mesra wanita. Apa maksudnya? Doktornya adalah Wanita & Stafnya juga adalah Wanita. Namun, klien kami juga terdiri daripada warga emas, lelaki & kanak-kanak juga..

Teknologi Perubatan Dr Nur iaitu pengasas Nur Mediklinik merupakan seorang doktor wanita yang sangat menyukai teknologi. Oleh sebab itu, Nur Mediklinik sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan menggunakan teknologi perubatan yang terkini seperti Ultrasound Scan 5D.

Pendidikan Kesihatan Kami di Nur Mediklinik juga menekankan pendidikan kesihatan kepada klien kami. Ini kerana dengan ilmu perubatan dan kesihatan yang dikongsikan dapat membantu klien menjaga kesihatan diri sendiri. Banyak ilmu kesihatan juga dikongsikan di Youtube Channel Dr Nur.

Pengasas

Nur Mediklinik, Tawau, Sabah
Dr Nur atau nama sebenar Dr Norbayah adalah kelulusan Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan dari Universiti Malaya. Beliau seorang doktor wanita yang berasal dari Tawau, Sabah yang mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam dunia perubatan dan kesihatan.

Beliau banyak belajar melalui pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang bertugas di pelbagai fasiliti kesihatan. Beliau pernah bertugas di Hospital Pakar, Hospital Daerah/Tanpa Pakar, Klinik Pesakit Luar, Unit Kecemasan, Wad Bersalin, Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik 1 Malaysia dan juga pernah terlibat aktif dalam pengurusan Klinik, pengurusan Hospital serta sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015.

  • Alhamdulillah, Rezeki Allah dan berkat doa orang tua, Dr Nur berjaya menubuhkan klinik sendiri bersama rakan partner di Tawau, Sabah iaitu NUR MEDIKLINIK.

Apa Kata Mereka?

Klinik yg terbaik,doktor n staff yg mesra n murah senyuman..

Pn.Noraini

Dr Nur melayan pesakit dgn lemah lembut…membuat pemeriksaan ke atas pesakit dgn terperinci..

Pn Zitta

Layanan yang sangat mesra, peramah…

Pn. Rozianah

Layanan yang baik, mesra pelanggan, kerahsiaan pesakit terjaga dan perkhidmatan yang baik.

Pn. Norliza

Info Kesihatan!

Keputihan Wanita? Normal @ Tidak?
Dalam video ini.. Apa ciri-ciri atau kriteria masalah keputihan wanita itu normal? atau tidak normal? Bagaimana warna keputihan yang normal? Contoh gambar keputihan normal?

Hubungi Kami

HUBUNGI:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan Nur Mediklinik, boleh hubungi kami di 089-705101 atau boleh juga terus “WALK IN” datang ke Nur Mediklinik.

089-705101

INFO TERKINI

Sebarang info terkini daripada Nur Mediklinik akan dikongsikan melalui sosial media Nur Mediklinik & Dr Nur. Terima kasih.

Facebook Nur Mediklinik

  • Jemput Like, Share & Follow .. 🙂
© 2023 – NurMediklinik.com – All Rights Reserved